Kebitaraan rupa bentuk dan perancangan susun atur ruang rumah warisan Melayu dari sudut pandang orientalis abad ke-19
Dublin Core
Title
Kebitaraan rupa bentuk dan perancangan susun atur ruang rumah warisan Melayu dari sudut pandang orientalis abad ke-19
Subject
Alam bina
Description
ABSTRAK
Seni bina rumah warisan Melayu merupakan manifestasi kehebatan dan kebijaksanaan masyarakat Melayu silam
dalam membina dan merealisasikan rumah kediaman mereka. Falsafah, kepercayaan dan ritual di sebalik
proses pembinaannya selain ciri reka bentuk rumah yang bitara dan responsif terhadap iklim tropika serta latar
persekitaran semula jadi dapat mewujudkan keselesaan hawa dan penyejukan pasif pada ruang-ruang dalaman
rumah. Unsur-unsur bitara ini banyak diketengahkan dalam kajian ilmiah tentang seni bina warisan Melayu oleh
para penyelidik dan ahli akademik semenjak tahun 1980an hingga kini. Malah lama sebelum itu lagi catatan-catatan
dan rekod orientalis barat seawal abad ke-19 dari para sarjana, ahli ilmiah, pegawai pentadbir serta pengembara luar
turut mengakui keunggulan dan kehebatan seni bina rumah warisan Melayu ini di dalam hasil penulisan mereka.
Namun begitu, catatan awal dan rekod primer orientalis ini jarang dirujuk pada masa kini. Tujuan kajian ini
adalah untuk mengumpulkan catatan-catatan penting orientalis tentang kebitaraan dan keunggulan seni bina warisan
Melayu dan mencerakin perbandingan antara sumber lama ini dengan (i) hasil penulisan penyelidik tempatan yang
lebih kontemporari/ terkini dan (ii) sesi temubual dengan beberapa tokoh pakar/ akademik dalam bidang
pemuliharaan seni bina warisan Melayu hari ini. Kajian ini juga akan turut menganalisis kepentingan dan
keberkesanan perancangan susun atur ruang-ruang asas yang terdapat dalam rumah warisan Melayu. Hasil kajian
mendapati kedua-dua sudut pandangan dari penulis orientalis abad ke-19 dan penyelidik tempatan masa kini
mempunyai persamaan dalam membicarakan tentang kebitaraan dan keunggulan seni bina rumah warisan Melayu.

Creator
M Yusuf A Adam Broughton
Mazlan Mohd Tahir
Mastor Surat
Ismar MS Usman
Source
M Yusuf a Adam Broughton, Mazlan Mohd Tahir, Mastor Surat, & Ismar Ms Usman. (2023). Kebitaraan rupa bentuk dan perancangan susun atur ruang rumah warisan Melayu dari sudut pandang orientalis abad ke-19. Jurnal Kejuruteraan, si6(1), 339–352. https://doi.org/10.17576/jkukm-2023-si6(1)-29
Publisher
Jabatan Seni Bina Dan Alam Bina,
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Date
2023
Contributor
niam
Type
Journal article
Collection
Citation
M Yusuf A Adam Broughton et al., “Kebitaraan rupa bentuk dan perancangan susun atur ruang rumah warisan Melayu dari sudut pandang orientalis abad ke-19,” Meranti, accessed May 21, 2026, https://www.alambina.nusa.my/omeka/items/show/41.