Penjelajahan rumah tradisional Melayu menggunakan teknik perayauan maya

Dublin Core

Title

Penjelajahan rumah tradisional Melayu menggunakan teknik perayauan maya

Subject

Alam bina

Description

ABSTRAK
Rumah tradisional Melayu adalah sebahagian warisan seni bina orang Melayu yang bernilai dan telah direka bentuk serta dibina sehingga menampakkan kemahiran dan kreativiti orang Melayu dalam bidang seni bina. Terdapat pelbagai kajian terhadap rumah tradisional Melayu dari segi aspek kesenian rumah tradisional Melayu. Kebanyakkan rumah di Malaysia kini telah dimodenkan dan menyebabkan masyarakat kini kurang mengenali rumah tradisional Melayu. Terdapat rumah tradisional Melayu yang telah dibaik pulih serta dimodenkan untuk disimpan secara fizikal dan dijadikan sebagai pameran. Namun disebabkan perkembangan teknologi kini, rumah tradisional Melayu perlu dibangun dan didigitalkan serta boleh dicapai secara maya. Tujuan utama platfom ini dibangun adalah untuk memperkenalkan semula dan memelihara warisan seni bina rumah tradisional Melayu secara maya. Objektif kajian ini ialah untuk mendigitalkan rumah tradisional Melayu, membangunkan model konseptual penjelajahan rumah tradisional Melayu dengan menggunakan teknik perayauan maya dan menjalankan pengujian fungsi terhadap model konseptual yang dihasilkan. Metodologi kajian ini melalui empat fasa; iaitu analisis keperluan pengguna, reka bentuk model konseptual, pembangunan penjelajahan maya, dan pengujian fungsi. Sumbangan kajian ini ialah penjelajahan rumah tradisional Melayu menggunakan teknik perayauan maya yang memberikan pengalaman kepada pengguna meneroka rumah tradisional Melayu secara bukan imersif.

Creator

Nur Aziera Romiza
Tengku Siti Meriam Tengku Wook

Source

Romiza, N. A., & Tengku Wook, T. S. M. (2022, July 5). Penjelajahan Rumah Tradisional Melayu Menggunakan Teknik Perayauan Maya. Jurnal Wacana Sarjana, 5(1), 1-15.https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/451

Date

2021

Contributor

niam

Type

Journal article

Tags

Citation

Nur Aziera Romiza and Tengku Siti Meriam Tengku Wook, “Penjelajahan rumah tradisional Melayu menggunakan teknik perayauan maya,” Meranti, accessed May 21, 2026, https://www.alambina.nusa.my/omeka/items/show/42.

Output Formats